Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 20, 2008

UlasaN PengaRah ProgRam

Alhamulillah, dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, dapat lagi kita diberikan nikmat iman dan Islam dalam hidup ini. Bersempena dengan Maulidurrasul pada tahun ini, ISLAMIC STUDENT MOVEMENT (ISIM) dengan kerjasama KUU dan GAMTET tampil dengan Program Makan Malam Sempena Maulidurrasul yang diadakan khas bagi mengingati bukan sahaja kelahiran Raulullah SAW bahkan jasa dan pengorbanan Baginda yang telah banyak dicurahkan demi menegakkan Islam tercinta.


Kita selaku umat baginda yang tercinta harus mengingati dan baginda lebih daripada sekalian makhluk selepas Allah. Program Maulidurrasul ini dirancang dengan terperinci dan sistematik oleh semata-mata untuk memberi penghayatan yang sebenarnya-benarnya kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam CSMU.


Justeru itu pelbagai program telah dirancang dan dimuatkan demi mencapai objektif dan matlamat sepertimana yang dinyatakan di bawah. Tema yang telah dipilih pada tahun ini adalah “MENYUSURI PERJALANAN SIRAH RASULULLAH”. Tema ini dipilih bagi menanamkan kecintaan pada rasul di kalangan pelajar-pelajar CSMU.


Pengarah Program

Khairul Azmi Ghazali